~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Saturday, February 18, 2012

Kenapa Anta Banyak Sangat Pantang Larang Dalam Pemakanan?

0 comments
Sebenarnya soalan ini sudah lama diajukan oleh beberapa orang sahabat saya, sejak di alam persekolahan lagi, seterusnya alam kampus hingga sekarang. Solannya lebih kurang sama kerana mereka melihat banyak perkara yang saya tak makan apa yang sebahagian mereka makan dan saya apa minum sebahagian apa yang mereka minum. Inysa Allah hari ini saya akan kongsikan secara bertulis walaupun sebelum ini saya sudah jelaskan secara spontan kepada sahabat-sahabat yang ingin mengetahui kenapa saya tidak makan kesemua apa yang mereka makan dan minum. Makan yang tidak dijaga boleh menyebabkan penyakit dan kebanyakan penyakit itu bermula dari perut (pemakanan yang tidak sihat).

Sebelum itu saya mohon maaflah kepada sahabat-sahabat yang baru bersahabat dengan saya yang menghidangkan makanan ketika saya bertamu dan sebagainya dan saya tidak makan sebahagian  makanan yang dihidangkan. Sebenarnya saya sejak kecil lagi, memang saya dilatih oleh ibu dan ayah untuk tidak memakan makanan ringan seperti maggi, mamee dan yang sewaktu dengannyalah. Sama juga dengan makanan yang perlu diboikot dan makanan yang dihasilkan oleh orang bukan Islam. Tetapi semasa kecil, kekadang saya terlanggar juga nasihat ini dan saya memang mengambil berat soal pemakanan ini sejak kecil (sebelum masuk alam menengah) walaupun orang sekeliling saya tidak menghiraukan perkara ini. Seingat saya juga, sejak kecil saya memang tidak berminat dan tidak pernah terlibat dengan gejala “perjudian” kerana pada waktu itu di kampung saya banyak terdapat unsur-unsur ini dan saya hanya menjadi pemerhati sahaja. Antara sebab kenapa saya tidak mahu melibatkan diri kerana larangan dari ibu bapa dan pendirian saya sendiri berpendapat bahawa, daripada membeli perkara yang tak berfaedah, lebih baik simpan duit atau beli makanan.

Bila masuk ke alam menengah, maka diajar hukum-hakam dalam kehidupan harian dan bermula di sinilah saya semakin mengambil berat soal pemakanan. Alhamdulillah, sehingga sekarang saya dapat pertahankan, perjuangkan kefahaman dan mengekalkan pendirian saya dalam soal pemakanan. Tetapi kadang-kadang terlepas juga, biasalah manusia kan, tetapi masih dalam kawalan. Ada sahabat saya bagitahu pada saya, pendirian anta ni bukan boleh bertahan lama pun. Tapi kata-kata ini bukan menguburkan semangat saya, bahkan saya ingin buktikan perkara ini untuk bertahan sampai bila-bila. Saya berdoa kepada Allah Ta’ala supaya menjaga, memelihara dan menjauhkan saya dari termakan makanan yang syubhah, apatah lagi makanan yang haram.Kadang-kadang soal pemakanan ni, ia lahor dari naluri saya, apabila hati kata tak payah makan, maka saya tidak akan makan, kekadang jika saya melanggar kata-kata hati, maka akan ada kesan yang negatif selepas itu.

Didikan ibubapa saya dalam bab pemakanan kepada saya agak berbeza dengan adik beradik saya yang lain, ini terbukti bahawa, ketikamana adik beradik yang lain dibenarkan makan maggi beramai-ramai tetapi saya dilarang oleh ibu saya untuk mekan bersama mereka, hatta dalam masakan harianpun ibu saya beringat dan kadang-kadang mengasingkan makanan lain kepada saya sekiranya ibu terbubuh benda yang saya tidak makan. Mungkin ini satu tarbiah dari seorang ibu untuk anaknya untuk terus istiqamah dalam menjaga pemakanan dalam kehidupan. Walaupun perkara ini dilakukan dan dibenarkan oleh ibu saya kepada adik beradik yang lain, tetapi saya tidak ambil kisah dan tidak terasa hati dengan adik beradik yang lain. Dalam masa yang sama, saya kadang-kadang melarang mereka dari membeli makanan yang diboikot terutamanya dan makanan segera serta makanan yang dibuat oleh orang bukan Islam. Alhamdulillah, ada sedikit kesan dan saya akan teruskan usaha ini, Insya Allah.

Ciri-ciri makanan yang saya tidak makan:
1- Makanan yang diboikot.
2- Makanan syubhah.
3- Makanan yang menyebabkan lemah badan dan ingatan.
4- Makanan yang dibuat oleh orang bukan Islam.
5- Makanan yang statusnya makruh dimakan.

Inilah antara ciri makanan dan minuman yang saya langsung tidak makan dan ada sebahagiannya saya makan, mungkin kerana tidak ada produk yang dikeluarkan oleh orang muslim. Sekiranya ada inisiatif lain, maka saya akan menggunakan inisiatif tersebut kerana ia lebih barakah. Pun begitu, saya nak ulangkan sekali lagi, sekiranya dalam keadaan terdesak dan pada waktu itu sudah tiada inisisatif lain, maka saya akan memakannya sekadar yang mampu dimasukkan. Antara kesan apabila saya memakan makanan yang dilarang tersebut ialah, saya akan jadi malas nak solat berjamaah, susah bangun pagi, malas nak berzikir, kelu lidah untuk baca Quran, sakit perut. Ini mungkin kesan hanya dan kafarah ini pada diri saya sahaja, mungkin sahabat yang lain, lain pula kesannya.

Sedikit kisah:
Ketika di Darul Quran, saya pernah diberi satu jenis gula-gula oleh sahabat saya. Pada ketika itu saya sudah ragu-ragu untuk makan, tapi oleh kerana sahabat bagi, maka saya terpaksa makan dan kesannya lidah saya agak kelu buat seketika untuk baca al-Quran. Selepas kejadian ini, saya sangat berhati-hati bila mahu makan gula-gula dan sebagainya.

Harapan:
Saya berharap kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri saya agar menjaga pemakanan agar hidup kita diredhai Allah Ta’ala dan tidak sesekali membantu golongan yang anti kepada Islam kerana banyak makanan yang wujud pada hari ini memang dibuat di kilang-kilang mereka. Insya Allah kita tak akan mati kekeringanpun sekiranya tidak membeli barangan mereka kerana sekarang ini sudah banyak syarikat-syarikat Islam dari kalangan ummat Islam hari ini sudah sedar akan hakikat ini dan memcari inisiatif lain untuk mengatasi permasalahan ini. Sekurang-kurangnya kita hendaklah rasa bersalah sekiranya membeli atau terbeli barangan yang perlu diboikot atau barangan buatan orang bukan Islam. Sebenarnya banyak lagi yang ingin dikongsikan, tetapi cukuplah sekadar ini untuk renungan bersama. Saya bukanlah manusia yang sempurna dan saya masih terlalu banyak perkara yang saya tidak tahu dan perlu belajar. 

Sahabat, mana mungkin doa kita diterima oleh Allah Ta'ala sekiranya daging yang tumbuh dalam diri kita sebahagiannya tumbuh dari hasih yang tidak baik? Semoga kita semua dipelihara oleh Allah Ta'ala dari termakan makanan yang syubhah, apatah lagi makanan yang haram, Isnya Allah. Saya juga berharap agar, bakal ibu kepada anak saya juga dapat menjaga dalam soal pemakanan ini walaupun tidak kesemua, dan seterusnya kepada bakal anak saya. Sekiranya ada cacat cela, saya mohon kemaafan dan minta ditegur. Sekian, Wassalam...
Read full story
 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan