~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Saturday, March 31, 2012

Buatlah Pilihan Tepat Dalam PRU-13 Nanti, Ingatlah Dosa & Pahala!!!

0 comments
Hidup kita tak lari dari dua perkara,
Samaada dosa ataupun pahala,
Buat baik akan diberi pahala,
Buat jahat akan dapat dosa...

Undi parti yang buat kebajikan dapat pahala,
Sokong parti ini juga akan dapat ganjaran pahala,
Redha dengan perbuatannya juga akan peroleh pahala,
Apatah lagi kita mendokong perjuangan parti mereka...

Undi parti yang buat maksiat dapat dosa,
Sokong parti yang buat maksiat juga berdosa,
Redha dengan perbuatannya juga dikira dosa,
Apatah lagi mendokong mereka, lebih besar lah dosa...

Nak cam mana dosa mana pahala senang saja,
Lihatlah pada perbuatan & tingkah laku mereka,
Jika ikut aturan Agama, itulah yang betulnya,
Membelakangkan Agama, Itulah yang salahnya...

Pemimpin UMNO selalu minta untuk sokong partinya,
Tidak kurang juga parti PAS menyeru kepadanya,
Tapi kedua parti ini sangat banyak perbezaannya,
Marilah sama-sama kita cari di mana beza keduanya...

UMNO menyeru memangkahnya & dapat pelbagai habuan,
Projek, kebajikan, keamanan dan kesejahteraan,
Semua ini diperoleh bagi sesiapa sahaja,
Tidak kira walau di mana berada...

PAS pula menyeru supaya sokong partinya,
Agar syariat Islam dapat dilaksana dalam negara,
Negara berkebajikan merupakan tawaran partinya,
Supaya dinikmati oleh semua tidak kira siapa sahaja...

UMNO kata PAS hanya pandai berkata-kata,
Melaksana sudah tentu tak berupaya,
Kerana PAS miskin dan tidaklah kaya,
Ia hanya hebat berjanji dengan kata-kata...

PAS jawab pada UMNO apa yang didakwa,
Memanglah benar apa yang dikata,
PAS memang miskin, tapi penyokongnya ramai yang kaya,
Kaya harta, budi pekerti, tidak raswah & sebagainya...

Kaya dunia tidak menjanjikan syurga,
Jika tidak ditunaikan pada yang haknya,
Raswah, tiris, hutang sana sini apa gunanya,
Neraka juga jika tidak bertaubat & mohon maaf pada haknya...

PAS kata menyokongnya dapat pahala,
Kerana PAS mahu selamatkan negara dari durjana,
Negara kini sudah rosak dengan pelbagai bahana,
UMNO tidak pedulikan semua walau ini tugas mereka...

Hapuskan durjana & bahana memang tugas beragama,
Jika menghalang jalan penghapusannya balasannya dosa,
Mendokong & menyokongnya pula akan dapat pahala,
Jalan ini juga menuju ke syurga yang dijanjikan Allah yang Esa...

Sudah lama kita merdeka dari cengkaman durjana,
Inilah pada zahirnya wahai saudara semua,
Hakikatnya kita masih dijajah oleh mereka,
Hiburan melampau, arak, maksiat, raswah, menipu semua ada,
Kenapa tidak dihapus oleh pemimpin-pemimpin negara,
Fikir & nilailah wahai saudara dengan landasan Agama...

Sudah tiba masanya wahai saudara semua,
Kita bangkit hapuskan perosak Agama,
UMNO adalah satu-satunya perosaknya,
Kerana ia tidak mahu tegakkan Syariat Islam,
Ia dikaburkan dengan wajah-wajah Islam,
Hakikatnya ia merosakkan Agama Islam dari dalam...

Bahkan ada antara pemimpin mereka berkata,
Hukum Hudud tiada dalam al-Quran & direka saja,
Oleh fuqaha' & pemimpin PAS yang bijaksana,
Sungguh teruk & rosak aqidah serta perangai mereka,
Sanggup menidak apa yang ditetapkan Allah dalam kitab-Nya,
Hanya semata meraih undi & habuan dunia yang sementara...

Ayuhlah wahai saudaraku semua,
Kita tumbangkan parti UMNO pendusta,
PRU-13 sudah tidak jauh untuk dilaksana,
Kita semua perlu komited dalam gerak kerja,
Jangan takut jangan gentar dengan gertakannya,
Kita semua ada Allah yang Esa membantu gerakan kita...

Kerja, doa tawakkal menjadi rutin harian kita,
Jangan ditinggalkan walau di mana berada,
Gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya,
Sebelum terlambat dan jangan sampai kita alpa,
Yakinlah kemenangan itu Parti Islam yang empunya,
Inilah janji Allah yang terdapat dalam kitab-Nya...


Tapi ingatlah juga,
Kita kena selalu beringat,
Jangan ada takabbur & riak,
Akan rugi dunia & akhirat,
Ikhlaskan diri pada yang Esa,
Pastikan Islam akan tertegak...
Read full story

Sunday, March 25, 2012

Ringkasan Risalah Ta’lim Buat Ahli Gerakan Islam (Mukaddimah & Rukun Baia’h Pertama)

0 comments
Mukaddimah:
 
Dengan lafaz bismillah saya mulakan bicara,
Ucapan syukur yang tidak terhingga pada yang Esa,
Kerana memberi ruang, peluang dan masa,
Selawat dan salam juga pada Rasul kita,
Kurangnya barakah jika basmalah tidak dimula,
Ayuhlah semua kita mulai dengannya dalam setiap amal kita...

Terima kasih juga tidak terhingga,
Buat kedua orang tua saya & sanak saudara,
Buat guru-guru yang telah mengajar saya,
Tidak dilupakan juga pada sahabat/iah semua,
Yang banyak membantu dalam pelajaran & hidup saya,
Semoga kalian semua mendapat Redha dari Allah yang Esa...

Saya menulis bukan kerana nama,

Lebih-lebih lagi nak tunjuk handal atau bijaksana,

Kerana semua itu membuahkan dosa & murka,

Saya hanya mengubah cara penyampaian saja,

Dibuat ini merupakan hadiah dari saya untuk dikongsi bersama,

Terutama buat sahabat yang baru bertatih dalam memahami ini semua...
Dalam soal iman punyai rukun-rukunnya,
Enam rukun pastikan percaya & yakin dengan tekun,
Islam juga punyai rukun-rukunnya,
Lima rukun pastikan dilaksana hanya untuk-Nya,
Jika salah satu di antara keduanya diragui,
Imannya telah rosak & wajib syahadahnya diulangi
Jika tidak mahu pastikan ia diperangi...

Dalam perjuangan ada disebut sebagai golongan teras,
Menjadi benteng kepada perjuangan Islam yang panjang,
Rasulullahlah sebagai pengasas,
Jangan sesekali kita lari & malas berjuang
Kita sama-sama doakan supaya terus istiqamah,
Memperjuangkan Islam merupakan sunnah Rasulullah...

Rukun Baia'h Pertama:

Dalam gerakan Islam juga punyai rukunnya tersendiri,
Sepuluh rukun pastikan kita semua ingat & mengingati,
Rukun baia’h itulah yang dimaksudkan,
Telah disusun oleh Imam al-Banna pengasas Jama’ah Ikhwan...

Rukun pertama yang dimaksudkan Imam adalah al-fahmu,
Inilah juga menjadi pra syarat kepada penuntut-penuntut ilmu,
Kita perlu memahami fikrah kita adalah Islam yang tulin,
Jangan rosakkan ia dengan semua yang lain,
Rukun pertama ini diterangkan ringkas pula dalam usul dua puluh,
Agar kita memahaminya & dapat berjuang tidakkan lumpuh...

Walau ikhlas berjuang tanpa perbetulkan kefahaman,
Amal kita takkan ke mana & tersekat di pertengahan jalan,
Adakalanya akan rosak & tersesat jauh dari landasan,
Dalam soal ibadah juga Rasul pernah berkata,
Walau banyak solat, baca al-Quran tanpa kefahaman semuanya hampa,
Kerana Islam mementingkan kefahaman yang sahih sebelum buat apa-apa...

Dalam hadis lain Rasul s.a.w. bersabda,
Seorang faqih lebih ditakuti syaitan berbanding seribu a’bid,
Saidina Umar juga pernah berkata,
Lebih ditakuti mati seorang alim dari seribu a’bid,
Inilah beberapa bukti bahawa kefahaman lebih dari segala,
Untuk menolak golongan yang hanya mementingkan amalan rohani semata...

Tidak dinafikan kelebihan tak terletak pada banyakknya kefahaman semata,
Ia perlu disusuli pula dengan iman & taqwa yang teguh amal kebaikan pula,
Ingatlah wahai saudaraku, kefahaman merupakan asas pada segala,
Sebelum melaksana sesuatu amal & ingin berjuang bersama-sama,

Kefahaman yang sahih merupakan cahaya,
Dicampakkan ia oleh Allah yang Esa,
Kepada hamba-Nya yang dipilih atas usahanya,
Tidak hanya menunggu ketentuan takdir dari Tuhannya,
Kefahaman ini perlu disampaikan kepada semua,
Keredhaan Allah itulah yang kita kejar bukan kerana nama...
Read full story

Memperingati 8 Tahun Kesyahidan Syeikh Ahmad Yassin

0 comments
22 Mac 2012 lalu genablah 8 tahun pemergian ulama' & pejuang,
Tokoh yang disegani kawan digeruni lawan,
Al-Syahid Syeikh Ahmad Yassin orang yang dimaksudkan,
Mengerah keringat, tidak takut walau dipenjara & dibuang...

Walau diri berkerusi roda & lumpuh tak dapat berjalan,
Namun dirinya tetap ditakuti lawan,
Berjuang mengembalikan Islam & tanah air siang & malam,
Namun api pembebasan dalam diri tidak pernah terpadam...

Membakar jiwa, meniup roh jihad umat Islam terus berjuang,
Bumi Palestin & al-Aqsa mesti dikembali ke tangan Islam,
Sekian lama zionis la'natullah menghisap darah pejuang,
Mereka tetap & tidak berundur walau selangkah demi Islam...

Zionis hampir tergugur di tangan si lumpuh ini,
Rejim Ariel Sharon buat keputusan membunuh jiwa ini,
Walau hajat rejim tercapai dalam misi ini,
Tapi sayang, pejuang Islam cintakan mati & yang hidup meneruskan misi...

Tanggal 22 Mac 2004 di waktu subuh yang hening sepi,
Jasad ini berkecai ditembak Helikopter Apache Israel la'natullah,
Maka benarlah janjinya dan janji Allah,
Ia dikurniakan syahid, nikmat mati yang paling dinanti...

Walau fizikalnya sudah lemah, lumpuh tidak bermaya,
Tapi sumbangannya pada Islam amatlah bermakna,
Mengejut penidur, pengecut dari terus lena,
Untuk terus berjuang & tiada masa rehat baginya...

Al-Syahid telah buktikan cita-citanya,
Dengan membenarkan ikrar pada Tuhannya,
Kita hari ini pula bagaimana,
Adakah masih leka & terpesona dengan nikmat dunia???

Ayuhlah saudara & saudariku semua,
Kita mara, maju terus melangkah,
Melawan durjana musuh-musuh Allah,
Semoga syahid juga menjadi milik kita semua...
Read full story

Wednesday, March 21, 2012

Wahai Saudara & Saudariku, Jagalah Pandanganmu Itu!!!

0 comments
Wahai lelaki...
Pandangan pertama kepada wanita ajnabi adalah untukmu,
Ia tidak berdosa dan sebagai anugerah bagimu,
Pandangan seterusnya bukan lagi milikmu,
Kerana pandangan ini sudah menjadi dosa buatmu...

Jagalah pandanganmu itu walau di mana berada,

Agar Allah menggantikannya dengan nikmat beribadah,
Nikmat itu amatlah susah diperoleh hamba Allah,
Kerana ia berkait dengan dosa dan pahala...

Wahai wanita...
Pandanganmu kepada lelaki ajnabi tidaklah dikira dosa,
Selagimana tidak disertakan dengan nafsu,
Wanita solehah tidak memandang dan tidak dipandang melulu,
Kerana dipandu iman & taqwa kepada Allah yang esa...

Dulu kamu dihina dan diperhambakan,
Bila datangnya Islam kamu dimuliakan,
Jagalah akhlakmu, imanmu & taatilah pemimpinmu,
Agar di akhirat syurga menjadi milikmu...

Wahai saudaraku...
Hati yang bersih lahir dari nur iman, ilmu & amali,
Taqwa & tawakkal perlu ditingkatkan lagi,
Agar hidup ini mendapat Redha Ilahi,
Di akhrat nanti peroleh peroleh syafaat Nabi...

Diri ini menegur tidak bererti lengkap & sejati,
Hanya atas dasar saling ingat mengingati,
Kerana tugas ini juga tugas para Nabi,
Mengikut sunnahnya melahirkan Mukmin sejati...
Read full story

Tuesday, March 13, 2012

Oh Negaraku, Selamatkah Untuk Didiami?

0 comments
Selamatkah negara kita Malaysia yang saban hari diulang-ulang oleh pemerintah slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"??? Apa yang didahulukan untuk rakyat? Adakah keselesaan, keselamatan, kesejahteraan, keamanan dan sewaktu dengannya? Adakah kroni didahulukan dengan kebajikan, rasuah/sogokan dan rakyat didahulukan dengan bebanan dalam hidup selama empat tahun, bila hampir tiba PRU maka barulah datang bantuan dan sebagainya? Inikah pemerintah yang kita inginkan? Sedarlah wahai saudaraku, wahai rakyat Malaysia sekalian "janganlah tertipu di siang hari".

Beberapa hari lepas kita dikhabarkan dengan kehilangan seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang sungguh menyayat hati dan akhirnya dijumpai dalam keadaan sudah menjadi ABU kerana dibakar oleh penjenayah. Sungguh hiba hati ini bila melihat keadaan negara yang semakin hari semakin rosak, tidak selamat untuk didiami. Masakan tidak, hampir setiap minit berlakunya kes ragut, rogol, cui, rompak, bunuh, bakar orang, bergaduh dan sebagainya. Kini pula timbul isu seorang bekas Perdana Menteri Malaysia mendakwa bahawa (hukum hudud tiada dalam al-Quran). Bagaimanalah nasih generasi mendatang jika pemimpin hari ini hanya mengambilberat soal kebajikan rakyat pada masa-masa tertentu sahaja, di masa lain mereka mengutamakan periuk nasi dan kroni mereka sahaja.

Sedarlah wahai rakyat sekalian, wahai ummat Islam terutamanya jangan lagi tidur dan takut dengan pemimpin yang menzalimimu. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud "sesungguhnya orang Mukmin, mereka tidak akan terjatuh dalam lubang yang sama". Takutlah hanya kepada Allah s.w.t. kerana Allah saja yang dapat menolong kita di waktu kita senang mahupun di waktu susah, manusia hanya makhluk biasa dan akan dikembalikan kepada Allah jua akhirnya. Tiada makhluk yang kekal di dunia ini, kecuali Allah Ta'ala yang Maha Kuasa sahaja yang kekal abadi.

Ayuhlah kita sama-sama buat reformasi dalam diri dan dalam negara agar, pemimpin yang akan mentadbir negara pada masa akan datang bukan lagi pemimpin korupsi dan parasit, tetapi pemimpin yang kita dambakan adalah pemimpin yang mampu mentadbir dengan adil pada semua rakyat dan mampu memberi sinar baru kepada pentadbiran negara. Apa yang lebih penting dari itu adalah, kita inginkan negara kita didikan di atas dasar Islam yang sebenar dan mentadbirnya pula dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah. Bilamana Islam memerintah, maka Insya Allah, akan tertegaknya keadilan, kebajikan dan keamanan kepada semua. Allahu Akbar 3x !!!

Sekian...

Mohd Hamyzan Bin Hussain,
Kaherah, Mesir.
Read full story
 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan